Selamat Datang Ke Laman Web Kita
Salam Sejahtera,
Diharapkan laman web ini dapat membantu anda mencari maklumat yang diperlukan khususnya yang berkaitan dengan P & P pendidikan muzik di sekolah.Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau apa saja pandangan yang boleh dikongsi bersama,kemukakan masalah,pertanyaan atau pandangan anda di dalam ruangan forum yang disediakan.Segala pertanyaan dan pandangan yang anda kemukakan sangat-sangat kami hargai dan akan diberi perhatian sewajarnya.
Diharap semua guru-guru pen.muzik daerah Kulaijaya dapat memberi perhatian terhadap apa yang akan dipaparkan di sini.Perkara yang berkaitan dengan aktiviti,kursus dan maklumat semasa akan terus disalurkan melalui laman web ini.
Jadikanlah laman web ini juga sebagai tempat bagi anda mendapatkan bahan terkini yang boleh digunakan di dalam P & P pen.muzik.Nyatakan juga apa yang anda ingin dan perlukan bagi mempertingkatkan lagi mutu pengajaran anda.
Bantu kami agar kami dapat membantu anda......
Karnival Seni Peringkat Negeri Johor dan Peringkat Daerah Kulai
1 Malaysia
Berdiri,
Teguh di bumi nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Perpaduan,
Mendapat rahmat toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan,
Kita bangunkan satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua....
Tema Hari Kebangsaan 2009:
Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. 
Kepada semua warga pendidik di Daerah Kulaijaya - Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun.Sempena ulang tahun kemerdekaan ini marilah kita sama-samalah kita berazam untuk terus menjadi seorang pendidik yang bertanggung jawab dalam mendidik anak bangsa kita.
Negara kita Tanggung jawab kita.
Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan untuk dimuatkan ke dalam laman web ini,emailkan saja kepada saudara Hanapiah bin Bahal melalui alamat yang tertera di bawah.
Dan yang menarik...sertai ruangan forum agar laman web kita menjadi bertambah ceria dengan adanya penyertaan dari anda semua........Terima Kasih.
Guru Cemerlang Negara Terbilang....Terima Kasih Cikgu.
1Malaysia

Koir Guru-Guru Daerah Kulaijaya




bravenet.com